WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

02 February 2012

Jamal Abdillah, Tidak Terdesak Berkahwin


KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Jamal Abdillah mengakui tidak terdesak untuk berkahwin lagi dalam masa terdekat selepas hampir lima tahun menduda.

Jamal, 53, berkata pada waktu ini dia berasa selesa menjalani kehidupan secara bersendirian tanpa isteri atau kekasih kerana sentiasa ditemani oleh dua anak lelakinya Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani yang berusia enam tahun.

“Saya belum terfikir untuk mencari teman hidup atau isteri buat masa ini. Alhamdulillah, saya selesa bersendirian di samping dua anak saya,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya dia kini berkawan dengan seseorang, Jamal menolak khabar angin itu sambil menegaskan dia sibuk menumpukan perhatian pada kerjaya dan dua anaknya sahaja.

“Dakwaan itu tidak betul kerana saya masih sendiri sehingga hari ini. Saya belum bersedia untuk mencari pengganti.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...