WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

13 February 2012

Gambar Ika Nabila AF6, Minum Alkohol


Pelakon yang sedang menempah nama di persada seni hiburan tanahair Ika Nabila,yang dahulunya merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) dikaitkan dengan tuduhan liar yang mengatakan dirinya seorang peminum arak dengan berdasarkan foto yang tersebar di internet memaparkan dia sedang memegang segelas minuman dianggap arak di sebuah pusat karaoke

Gambar ika nabila KONTROVERSI IKA NABILA MINUM ARAK
Namun empunya diri mengatakan dia adalah mangsa fitnah dan menganggap perkara ini lebih kepada perbuatan khianat yang cuba memburuk-burukan namanya
Gambar ika nabila minum arak KONTROVERSI IKA NABILA MINUM ARAK
Gambar yang tersebar di internet
Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.
“Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.
“Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.
“Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya,” jelasnya yang dihubungi oleh mStar Online
Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.
“Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.
“Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.
“Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita,” tuturnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...