WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

07 February 2012

Denda Baca Al-Quran, Pelajar Ponteng Sekolah Dan Merokok

Pelajar Ponteng Sekolah Diarah Baca Al-Quran


KOTA BHARU – Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.
Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.
Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.
“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Admin Blog:
Alhamdulillah, denda yang boleh dikatakan bagus dalam mendidik pelajar yang ponteng sekolah ni. Semoga mereka dapat iktibar daripada kesalahan ponteng sekolah dan juga iktibar & petunjuk apabila membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Satu alternatif yang baik dalam menggantikan denda rotan punggung, sebat tapak kaki, cubit telinga, ketuk ketampi, jentik telinga. Fuh, terkenang denda zaman sekolah dulu...


(sumber)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...