WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

14 February 2012

Dato Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah, Beraksi dengan M-16 (GAMBAR)

Suami Dato Siti pasti berbangga dengannya




Penulis begitu teruja melihat aksi penyanyi diva tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, yang mengikuti latihan menembak Platun Seni Askar Wataniah yang berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi bersama artis-artis lain pada Khamis lalu.
Siapa sangka Siti yang begitu feminin penampilannya sebelum ini mampu menggalas M16 dan membuktikan bahawa dirinya bukanlah calang-calang artis untuk mengikuti latihan ketenteraan yang lasak serta memerlukan kekuatan mental mahupun fizikal yang tinggi.
Mengejutkan penulis lagi ialah tentang kehebatan Siti membidik senjata M16 dengan tepat apabila berjaya menepati titik tengah sasaran sebanyak empat kali, sekaligus menunjukkan beliau sangat berpotensi untuk menjadi penembak tepat sekiranya diasah lagi bakatnya.
Menembak sememangnya memerlukan daya penahan bahu yang kuat dari para penembak dan dari video rakaman latihan tersebut yang disiarkan oleh MyMetro TV jelas mempamerkan Siti agak gugup ketika menembak di lapang sasar pada sesi latihan tersebut.
Sesekali, bahu Siti agak ‘terpelanting’ ke belakang menahan momentum M16 dan sekiranya tidak kena dengan gaya boleh menyebabkan bahunya lebam-lebam.
Bagaimanapun, penulis percaya bahawa Siti mampu menggalas cabaran sebagai Askar Wataniah secara konsisten dan sentiasa bersemangat di dalam sebarang rintangan yang akan menguji setiap penjuru dirinya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.
Syabas juga penulis ucapkan kepada Siti dan rakan-rakannya di dalam Platun Seni tersebut seperti Yana Shamsuddin, Mon Ryanti, Kamil Faridz, Epy Raja Lawak serta beberapa artis lain yang menjadikan Askar Wataniah sebagai salah satu cara mereka menghabiskan masa lapang masing-masing.
Sekurang-kurangnya, dengan latihan ketenteraan yang mengajar kita tentang erti disiplin, ketabahan fizikal dan mental, ia juga jauh lebih berfaedah berbanding menghabiskan masa berparti di kelab-kelab malam serta menari terkinja-kinja di depan para peminat.
Diharapkan agar lebih ramai lagi artis-artis yang berani tampil menyertai Platun Seni tersebut dan penulis percaya pihak Askar Wataniah tidak keberatan untuk menubuhkan Platun Seni 1, Platun Seni 2 serta seterusnya.
Kemudian, bolehlah mereka buat pertandingan ‘paint ball’ atau peperangan olok-olok dan pastinya akan menarik lebih banyak peminat dari kalangan warganegara kita untuk menyertai pasukan Askar Wataniah.

HiHiHiHi...sempat lagi Dato Siti bergurau

korang kacau Dato K, siaplah korang..hehehe


(sumber)

1 comment:

  1. mesti tenaga pengajar pun ajar sopan2 je.hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...