WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

11 February 2012

Bukan Otot Besar, Ini Kanser Tulang 20 KG Di Bahu


KUANTAN 10 Feb. – Akibat menghidap kanser tulang tahap kritikal, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, tidak boleh dibedah melainkan tangan kirinya dipotong bagi memulihkan penderitaan yang sedang ditanggung pemuda malang tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, Mohd. Zulhafiz yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hanya diberikan rawatan paliatif yang bertujuan mengurangkan kesakitan yang dihadapi pemuda itu.
“Rawatan paliatif ini kita berikan kepada pesakit yang menghidap kanser tahap kritikal yang tidak ada rawatan bagi memulihkan penyakit itu. Ia rawatan terakhir yang mana kita akan beri ubat tahan sakit yang dosnya di tahap paling tinggi bagi mengurangkan kesakitan Mohd. Zulhafiz.
“Tidak ada pembedahan akan dilakukan kerana Mohd. Zulhafiz telah melakukan rawatan sebelum ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pelbagai rawatan termasuk kemoterapi telah dibuat dan sehingga kini keadaannya masih sama kerana Mohd. Zulhafiz menghidap kanser tulang tahap kritikal,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...