WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

16 February 2012

Anwar Boneka Amerika, Jayakan Regime Change ?


Kami ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang 'REGIME CHANGE', yang kami ambil daripada Blog CheDet. Kalau nak tahu apa isi kandungan 1-8 anda boleh teropong blog CheDet di link credit di bawah entri ni. 
Apa yang menarik perhatian kami adalah, Dato Seri Anwar Ibrahim cuba mengambil perhatian kuasa Barat (Amerika) untuk menyokong perjuangan politik Anwar di Malaysia.    Terbaru sekali kita tengok berita dan suratkhabar ada menyatakan sokongan Anwar terhadap tindakan keselamatan Israel. Bagaimana Anwar boleh sokong Israel sedangkan ratusan malah ribuan umat Islam Palestine mati dengan kejam ditangan kuasa Israel ? Untuk merungkai persoalan ini, jom kita baca petikan daripada penulisan CheDet pada 13 Februari 2012, Regime Change.
<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Credit: CheDet.CC
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Adakah anda sependapat dengan pandangan CheDet ? Kami bukan orang politik mahupun pakar dalam politik. Tetapi kami hanya mahu Malaysia selamat dan aman. Tiada masalah kalau Anwar inginkan pelabur asing menyokongnya, tetapi jangan lah ada kaitan dengan Israel, isu ini sensitif sangat. Mungkin juga kenyataan Anwar di WSJ telah diputar belit atau dimanipulasikan sehingga menikam kenyataan asal Anwar. Kami tidak mengeji Anwar, malahan kami hormat beliau sebagai pemimpin yang hebat satu masa dulu. Nampaknya kami hanya perlu menunggu kenyataan Anwar berkaitan isu ini. Harap2 kami dapat jumpa artikel yang tidak hanya Pro Kerajaan.
Akhir sekali ingin kami ingatkan diri bahawa kami Makan McD, STarbucks...Rm1=1 peluru Israel...Hishh..Camne nie...Serabott nye...!! 

2 comments:

  1. bro kau dah kaji btol2 ke dngan apa yang kau dh tlis..
    jngan hanya ceduk ja tanpa kaji dlu xkan lu kata lu penulis klau setakat ceduk ja....atleast bg la pndangan lu sndri bai..

    ReplyDelete
  2. nie baru betol bai...dan ko boleh tengok temubual tu dkat utube ja..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...