WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

25 January 2012

SPRM, Syor Menteri Isytihar Harta Dan Keluarga

Maklumat diserah kepada SPRM perlu dirahsia elak fitnah: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri.
Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan soal perpaduan dan pembangunan negara. - Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri
“Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan berkecuali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk Menteri Kabinet menyerahkan salinan fail perisytiharan harta mereka dan keluarga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat itu tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

“Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita,” katanya. 
Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk tidak mahu mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. – BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...