WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

19 January 2012

Park Jin Young, kembali dalam Dream High Season 2

Park Jin Young dalam sebuah temubual media



Park Jin-Young, terkenal sebagai seorang pengasas JYP Entertainment dan juga penyanyi yang memiliki lagu nya sendiri. Park berkata dia berharap akan menunjukkan peningkatan mutu lakonannya dalam sebuah drama remaja, "Dream High Season 2".

 
DI sebuah temubual pada 17 Januari di Nonhyun-dong, southern Seoul, penggiat seni ini berkata bahawa dia pada mulanya teragak-agak untuk kembali berlakon dalam drama remaja yang terkenal itu. 

“Selepas terlibat dalam siri pertama, saya dipelawa dengan tawaran untuk kembali pada siri kedua," kata Park. “Pasa mulanya saya tidak berapa pasti. Ini kerana peminat dikalangan remaja meletakkan harapan tinggi pada siri kedua 'Dream High', dan saya tidak mahu kecewakan mereka."


Disebalik semua salah tanggapan itu, produser muzik ini akhirnya menerima tawaran berlakon tersebut.


"Ketika musim luruh, saya mendapat beberapa idea tentang cerita apa yang patut saya sampaikan. Kemudian saya sedar bahawa mesej yang perlu saya sampaikan adalah "Apa yang membuatkan anda bahagia?" Park menambah."Berbanding drama siri pertama itu, saya berharap dapat menunjukkan peningkatan dalam lakonan saya nanti."

Disamping berlakon dalam drama siri kedua itu, Park juga bakal muncul sebagai seorang juri dalam program realiti nyanyian "K-pop Star" anjuran SBS pada 30 Januari. Dia juga bakal muncul dalam sebuah filem pada awal bulan Mac, bertajuk “5 Million Dollar Man.”


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...