WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

18 January 2012

Khairul Fahmi (Apek) Bakal Bergelar Jutawan, Jual Skim Keahlian Kelab

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek supaya mendaftarkan segera syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dengan SSM selepas semakan SSM mendapati syarikat itu belum berbuat demikian.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, syarikat itu yang menawarkan beberapa pakej sebagai syarat keahlian dengan yuran serendah RM10 hingga RM750 didapati menyerupai penganjuran Skim Kepentingan iaitu seseorang penganjur menerusi skim ditawarkan itu memberi pulangan dari segi hasil atau perkhidmatan kepada ahlinya. 
“Kita mendapati pulangan dijanjikan lebih menyerupai kad diskaun, bagaimanapun kita akan kaji apa yang ditawarkannya,” katany.

Muka depan Harian Metro kelmarin melaporkan Apek bakal bergelar jutawan dengan pelancaran KFR dan KKFCM yang menawarkan pakel keahlian di antara RM10 hingga RM750.

Mereka menyasarkan keahlian 300,000 orang dalam tempoh sebulan selain yakin mampu mencapai lebih sejuta ahli dalam tempoh beberapa tahun. Berdasarkan kenyataan itu dan perkiraan dengan mengambil jumlah paling rendah iaitu pakej RM10 dengan sasaran 300,000 ahli, KFR dijangka mampu memberi pulangan RM3 juta.


(Sumber)


Dan apa pula respon daripada Kharirul Fahmi Che Mat mengenai isu berbangkit ini ??
Kita terus baca daripada Blog Khairul Fahmi , Sila KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...