WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

18 January 2012

Flashmob KLIA, 100 Penyanyi Dan Penari Terlibat (VIDEO)

PENYANYI Flashmob : Seakan serupa dengan Abg USOP

KLIA (Sabtu) : Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengadakan satu kejutan kepada pengunjung di terminal antarabangsa tersebut. Kejutan tersebut merupakan 'Flashmob' yang dipersembahkan oleh 100 orang pernyanyi dan penari. 'Flashmob' itu mempersembahkan nyanyian serta medley didalam pelbagai bahasa. KLIA menjadi gamat dengan 'flashmob' tersebut.
'Flashmob' bermula dengan nyanyian lagu tema MAS, "We Fly". Diikuti dengan "Miss You So Much" yang dipopularkan oleh Janet Jackson. Seterusnya lagu "Istana Menanti" yang pernah dipopularkan oleh Rahim Maarof. Tidak cukup lagi dengan nyanyian ini, terdapat beberapa lagi lagu yang dipersembahkan seperti berikut:
 “Aankhein Khuli” dipetik daripada filem terkenal,Mohabbatein.
 “My Boyfriend’s Back”.
 “Lang Hua Yi Duo Duo” yang dipopularkan oleh penyanyi Richie Ren.
lagu “Rindu”, “Balik Kampung” dan “Signed, Sealed, Delivered” yang dipersembahkan sekumpulan krew kabin lengkap berpakaian MAS.

'Flashmob' kini menjadi satu trend daya tarikan di lapangan terbang seluruh dunia serta cara untuk menghargai pengunjung dan pelawat.

Menurut nota yang tertera, persembahan itu telah dijayakan oleh kerjasama di antara Kit Kat Klub, kakitangan MAS dan keluarga mereka, pelajar-pelajar Universiti Selangor (UNISEL) serta dibantu oleh kareografer terkenal, Pat Ibrahim, yang pernah menjayakan teater Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee dan Secret Life Of Nora di Istana Budaya.

Credit: MyNewsHub, MASTravel

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...