WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

05 January 2012

Berita : Waktu Rehat Sekolah Lebih Awal

Waktu rehat sekolah lebih awal
Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2012/01/05

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin   bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,   Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanyakan sesuatu  kepada murid Sekolah Kebangsaan   Bukit Pantai, Bangsar, Mohd Aqif Amsyar Abu Haris ketika   meluangkan masa  meninjau keadaan murid Tahun Satu dan Dua sekolah itu, semalam.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanyakan sesuatu kepada murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, Mohd Aqif Amsyar Abu Haris ketika meluangkan masa meninjau keadaan murid Tahun Satu dan Dua sekolah itu, semalam.
Perubahan jadual pastikan murid Tahun Satu dapat bersarapan, lebih segar: TPM

KUALA LUMPUR: Sekolah rendah yang mempunyai ramai murid Tahun Satu bermasalah menikmati sarapan di rumah diminta mewujudkan waktu rehat fleksibel pada sepanjang minggu pertama atau tempoh tiga minggu program transisi persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu untuk membolehkan mereka yang terpaksa keluar awal ke sekolah, mempunyai ibu bapa bekerja dan tidak sempat menyediakan sarapan diberikan waktu rehat lebih awal.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mencadangkan ia dilaksana di semua sekolah tetapi hanya kepada sekolah yang berdepan dengan masalah itu.

“Bagi saya, itu tidak boleh kita pandang ringan kerana ia boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak kecil. 

“Oleh itu, sekolah kena buat pertimbangan sesuai. Jika waktu rehat jam 9.45 pagi, ia boleh diawalkan kepada jam 8.30 atau 9 pagi supaya mereka segar dan dapat meningkatkan keupayaan untuk menimba pelajaran di sekolah selepas rehat,” katanya selepas melakukan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar di sini, semalam.

Muhyiddin yang tiba di sekolah itu pada jam 8 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan guru besar sekolah berkenaan, Sopian Mokhtar. 
Beliau kemudian meninjau ke empat kelas yang menempatkan murid Tahun Satu sambil beramah mesra dengan murid Tahun Satu, guru serta ibu bapa yang menunggu di luar bilik darjah. 

Mengenai kelancaran sesi baru persekolahan itu, katanya, pihaknya berpuas hati dengan semua kemudahan untuk pembelajaran seperti bekalan buku teks, kerusi dan meja dapat diatasi melalui peruntukan tambahan RM20 juta yang disediakan kerajaan.

“Bagi sekolah menengah peralihan daripada sekolah rendah ke menengah terutama dalam soal pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula, masalah tidak sepatutnya timbul kerana kita sudah memutuskan memberi kelonggaran untuk pelajar mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris atau dwi bahasa,” katanya.

Sementara itu, Sopian berkata, pihaknya akan melaksanakan cadangan Muhyiddin berkenaan dengan memberikan waktu rehat lebih awal daripada jam 9.40 pagi kepada jam 9 pagi apabila mendapati kebanyakan murid Tahun Satu di sekolah itu tidak bersarapan ketika datang pada hari pertama persekolahan. 

1 comment:

  1. haih,... rehat awal ngantuk pun awal.. hehe... nanti pmp yang last2 semua dah malas nak belajar.. =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...