WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

10 January 2012

Berita : Kanak-kanak Jalanan Tawau

SIMPATI:Kanak-kanak jalanan ini memenuhi gerai di Tawau untuk meminta sedekah

 AWAL minggu ini, sesi persekolahan dibuka semula selepas cuti panjang selama dua bulan akhir tahun lalu. Paling mencuri tumpuan ialah gelagat murid tahun satu yang baru merasai warna-warni alam persekolahan.

Pelbagai kerenah pastinya mencuit hati. Ada yang gembira dengan persekitaran sekolah, teman serta pakaian sekolah yang serba baru. Tidak kurang juga pelajar bimbang kerana berpisah sementara dengan ibu bapa sehingga mampu mengalirkan air mata.

Add caption
Namun berbeza pula dengan Asmia, 7, yang menetap di Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Walaupun 2012 baru bermula, ia tetap tidak membawa banyak perubahan dalam hidupnya.

Rutin hariannya tidak jauh berbeza. Bangun seawal jam 6 pagi, hanya perlu membasuh muka tanpa menggunakan sabun mandi, dia bersiap sedia untuk ke bandar Tawau yang terletak 2.5 kilometer dari rumah. Tujuannya hanya satu iaitu mencari wang dengan mengemis dan meraih simpati orang ramai.


Nasib malang Asmia turut dikongsi seorang lagi kanak-kanak dikenali sebagai Wilda, 9. Seperti Asmia, Wilda perlu bangun awal pagi dan berjalan kaki ke Pasar Ikan Tawau, iaitu seawal pasar itu dibuka.

NEGATIF: Ramai kanak-kanak jalanan di Tawau terpaksa menjual rokok untuk menyara hidup

Jika Asmia berjalan hanya dengan berkaki ayam, bergerak dari satu gerai makan ke gerai lain untuk mengemis, Wilda menghabiskan masa sehariannya dengan menjual beg plastik kepada orang ramai yang membeli ikan di pasar berkenaan.

BUTA HURUF: Akibat tiada sijil lahir anak-anak, ibubapa sukar untuk mengingat umur  mereka
Asmia dan Wilda adalah sebahagian kanak-kanak jalanan yang tidak pernah mengenal alam persekolahan. Malah, mereka terpaksa keluar bekerja seawal umur dua dan tiga tahun semata-mata untuk mencari rezeki bukan saja untuk menampung perut sendiri tetapi juga ahli keluarga lain.

Berita selanjutnya KLIK SINI


(sumber:myMetro,10/1/2012)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...