WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

09 January 2012

Berita : Hasan Ali Terus Pertahan Syiar Islam (video)



Saya akan terus pertahan syiar agama Islam, ketuanan Melayu dan institusi Raja.
Itu ditegaskan Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali selepas dipecat PAS semalam.

Datuk Dr. Hasan Ali berkata, "Apa pun saya digugur ke dipecat ke,saya apa pun demi Allah,dijatuhi Exco ke apapun saya berjuang untuk agama, bangsa Melayu dan InsyaAllah teman-teman Cina jangan takut pada saya,Hasan Ali."

Beliau berkata demikian di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr.Ismail di Ibu Negara, malam semalam.
Beliau menerima sokongan pelbagai lapisan pemimpin yang hadir di kediamannya selepas pemecatannya dibuat dalam mensyuarat jawatankuasa PAS pusat semalam.

Antara yang hadir, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Bekas Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hasan Basri, selain beberapa aktivis dan penceramah bebas politik seperti Mohd Zahid Mat Arip, Ruslan Kassim dan Aman Azha.

Media bagaimanapun dimaklumkan tiada sesi soal jawab bersama Datuk Dr. Hasan Ali.

Sebaliknya, beliau akan menjawab semua persoalan dalam satu sidang media khas minggu depan.




JOM TENGOK VIDEO ULASAN DATUK DR. HASAN ALI

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...