WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

09 January 2012

Berita : Gara-gara Pil Perangsang, Rakyat Malaysia Maut di Jakarta

Ambil pil perangsang berlebihan 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati di bilik hotel penginapannya di Jakarta, pagi semalam, dipercayai akibat pengambilan sejenis ubat perangsang secara berlebihan.
Sumber memberitahu Berita Harian, mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu dan berasal dari Selangor ditemui seorang petugas hotel kira-kira jam 5 pagi (waktu tempatan) ketika mahu melakukan kerja pembersihan di bilik penginapannya sebelum menghubungi polis.
“Hasil siasatan awal polis menolak unsur jenayah dalam kes berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk menunggu keputusan bedah siasat yang dibuat di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) Jakarta,” katanya. 

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan meminta semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga keputusan bedah siasat diperoleh. 

“Bahagian Konsular sedang berusaha mengesan keluarga mangsa bagi memaklumkan kejadian itu, seterusnya menguruskan proses penghantaran pulang mayat ke tanah air untuk dikebumikan,” katanya. 

Berdasarkan semakan rekod, mangsa yang tidak dinyatakan identitinya tiba di Jakarta sejak beberapa hari lalu untuk bercuti dan mendaftar masuk di hotel penginapannya seorang diri. 




(sumber:Berita Harian 9/1/2012)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...