WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

13 January 2012

Berita : 14,000 Belum Bayar Zakat






Seramai 14,000 kakitangan awam layak dan wajib membayar zakat bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Rukun Islam ketiga tidak berbuat demikian.
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mendapati hanya 2,000 daripada keseluruhan 26,000 kakitangan awam di negeri ini sedar mengenai kepentingan dan kewajipan membayar zakat.
 ZAINAL Abidin tiga dari kiri beramah mesra dengan penerima anugerah selepas  merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan MAIJ di Persada Johor Bahru, semalam.
ZAINAL Abidin tiga dari kiri beramah mesra dengan penerima anugerah selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan MAIJ di Persada Johor Bahru, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya akan mengesan kakitangan awam terbabit bagi memastikan mereka menunaikan kewajipan mereka. Pihaknya menyasarkan RM150 juta kutipan zakat pada tahun ini dan bagi memenuhi sasaran itu, pihaknya akan melakukan pelbagai kegiatan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kewajipan menunaikan zakat.

“Kita akan mengadakan pelbagai kegiatan, termasuk ceramah, dakwah dan bantuan media massa bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang peranan zakat, Baitulmal dan wakaf,” katanya. 
Zainal Abidin berkata, pada masa ini pelbagai cara disediakan bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat, termasuk melalui kaunter pejabat dan e-debit, skim potongan gaji, kaunter bank, perbankan internet, kaunter pos, amil harta, amil korporat atau amil institusi.

(sumber: Berita Harian, 13/1/2012)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...