WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

06 January 2012

Aaron Aziz : Jarang dilanda gosip liar, lakonan filem terbaru ada unsur 18SX

Buat pemula cerita untuk tahun 2012, OHBULAN! telah dikirim dengan sekeping gambar bahagia hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik.
Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris, kedua-dua pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan dilihat berkucupan dan sama sekali menyangkal mana-mana gosip liar yang melanda Aaron Aziz sebelum ini.
Jika dilihat dari sudut lain, OHBULAN! sendiri agak kagum dengan prestasi cemerlang Aaron Aziz yang jarang dilanda gosip liar. Namanya yang naik seiring dengan keuntungan pelbagai filem yang dilakonkan benar-benar menunjukkan bahawa bakat yang dimilikinya yang membawa nama Aaron Aziz di mata peminat.
Kepada Aaronators diluar sana, teruskan menyokong Aaron Aziz tidak kira dimana anda berada.

Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!
Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.
Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.
Apa-apa pun, OHBULAN! tidak berani memberi apa-apa komen. Anda tonton sendiri trailer filem berjudul ‘Prince Of The City’ ini dan jangan mudah memberi pandangan. Pastikan tunggu sehingga filem ini ditayangkan di pawagam dahulu ya!

Trailer tak nampak menarik mane pon...
tp apa salahnya tengok cite ni nt kan..



(sumber:Oh Bulan!)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...