WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Hidangan Terkini

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

31 January 2012

Filem Azura Versi Terbaru 2012 (VIDEO)

Filem Azura edisi terbaru 2012 akan berada di pawagam Malaysia, Singapore dan Brunei pada 2 Februari 2012. Sebuah filem arahan dan penerbit oleh Aziz M. Osman. Filem Azura dibintangi oleh Neelofa, Shahz Jaslze, Afdlin Shauki, Erma Fatima dan lain-lain.

 Jom kita tengok OFFICIAL TRAILER AZURA




MAWI & Ekin Bakal Timang Anak Pertama



KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.

"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.
"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.
Bercerita lebih lanjut mengenai keadaan isterinya tu, Mawi memberitahu dia sentiasa akan berjaga malam demi untuk menemani isterinya yang sukar tidur pada waktu malam.




Shila Amzah Dituduh Membunuh, Sebabkan Kematian Peminat (TWITTER)


Kecoh sebentar semalam di dunia Twitter apabila Shila Amzah dituduh penyebab kematian seorang peminat!
Apa tidaknya, satu akaun yang menggunakan tweethandle bernama @ (kami anti shilaamzah) telah menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kepada kematian kawan pemilik akaun Twitter ini. Akaun ini telah didaftar sehari selepas AJL 26 iaitu 30 Januari 2012.
Mungkin anda ingat ini sebagai satu publisiti murahan ataupun perkara yang mudah, namun bagi kami, isu kematian dan tuduhan seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai fitnah yang kalau disalah tafsir, akan membawa keburukan. Dalam satu kenyataan @, pemilik akaun Twitter ini dahulu adalah bekas peminat Shila dan kini membenci Shila kerana kawannya mati bergaduh disebabkan Shila Amzah.
Namun begitu, sebagai selebriti yang profesional, Shila hanya menganggap ancaman-ancaman begini hanyalah satu lagi dugaan sebagai artis dan tidak memandang berat sangat mengenai perkara yang terjadi. Biasalah, dalam dunia hiburan pasti ada saja orang yang tidak senang duduk dengan kejayaan orang lain.
Yang pasti, Shila Amzah telah membuat persembahan yang terbaik di Anugerah Juara Lagu 26 pada hari ahad lepas. Ngam!


30 January 2012

FAKTA : Ahli Parlimen Mesir Mengagumkan

Assalamualaikum...

Anda semua pasti tidak tahu fakta ini


*اكثرمن 140 عضوآ من اعضائه من حملة القرءان الكريم
*اكثرمن 100 عضوا يحمل الواحد اكثر من 10000 حديث
*واكثر من 180 يحمل اكثرمن نصف القراءن
*اكثر من 170 عضوآ يحمل درجة الدكتوراة في مجالات مختلفة
*اكثر من 50 عضوا لايمتلكون سيارة ...
*أكثرمن 350 عضوآ تعرضوا للاعتقال لفترات مختلفة تتراوح بين 6 اشهر إلي 9او 10 سنوات ما رايكم فى نوابنا 2012!!؟
AZ



Ha, boleh faham Arabics ?  Errr....
Tak mengapa. Kami ada versi Bahasa Melayu =)





"Tahukah kalian wahai teman-teman, Majlis Rakyat Mesir  (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :-
Lebih 140 ahli Parlimen yang Hafiz Quran.
 Lebih 100 ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 Hadith.
Lebih 180 ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah Al-Quran.
Lebih 170 ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
Lebih 50 ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
Lebih 350 ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi temph antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 bulan.

Apakah pandangan kalian berkenaan Parlimen Mesir 2012?"







Pelik Benar : Makan Mangkuk Jamban Bertahi Kuning (GAMBAR)

Siapa sanggup makan mangkuk jamban (tandas) yang bertahi kekuningan..???

Eeeeuuuu...

Ini birthday cake untuk dimakan beramai-ramai atau nak 'prank' birthday boys ???

Kembang kecut je tekak ni bila tengok gambar kek ni.




Korang sanggup makan kek ni?
ada yang nak tolong tambah khazanah dalam mangkuk tu tak?
HeHeHeHe

Sumber Gambar

Separuh BOGEL, FEMEN Tunjuk Perasaan Lagi (GAMBAR)


5fc4946a4640b272c83eb096386d
Sekarang ni ada sebuah kumpulan hak asasi manusia baru muncul dan sering mencetuskan kegemparan yang tak disangka-sangka.
Terdiri daripada sekumpulan pelajar universiti wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an, mereka akan mengadakan protes atau demonstrasi di mana saja di dunia ini jika ada sesuatu isu yang hendak diperjuangkan.
Yang memeningkan pihak berkuasa, cara yang digunakan cukup menjelikkan….iaitu dengan mengadakan demonstrasi sambil menayangkan buah dada!

Gambar dan artikel lagi



AJL 26 : Alyah dan Remy Ishak Tampil Romantik (GAMBAR)

ROMANTIK - Begitulah suasana yang ditampilkan oleh ALYAH yang telah memenangi Persembahan Terbaik AJL26 melalui Kisah Hati. Kemunculan tidak diduga penonton menggamatkan suasana stadium dengan jeritan peminat-peminat Alyah dan Remy Ishak, Jejaka Hangat Malaya. Alyah yang berpakaian seperti puteri Barbiedoll, menggunakan music box sebagai gimik permulaan persembahan. Ternyata usaha Alyah membuahkan hasil kejayaan. Tahniah !



_MG_3310

_MG_3312

_MG_3314

_MG_3315

_MG_3319

_MG_3321


Sumber Gambar: OhBulan! dan Eszhan Studio






AJL 26 - Fesyen Pakaian Artis di BLUE CARPET (GAMBAR)


Anugerah Juara Lagu 26 - 29 Januari 2012, Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu Ke-26 anjuran TV3 dengan kerjasam HotFM & CELCOM telah melabuhkan tirainya. Dimana Hafiz dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dan juga JUARA AJL26 melalui lagu nya, Awan Nano. Di tempat kedua, Beribu Sesalan oleh Tiga Suara, dan Karma oleh Faizal Tahir di tempat ketiga. Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Alyah yang membawa watak seakan-akan BarbieDoll in Music Box. 

Untuk Entri kali ini, kami nak tampilkan fesyen pakaian artis-artis di KARPET BIRU AJL26. Gambar kredit penuh kepada AJL26 TV3 Malaysia. Jom kita tengok fesyen pakaian artis yang lawa, cantik, kacak, bergaya ni.

Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah tampil sepadan dan ceria



Yuna tampil dengan keunikan pakaian berwarna ungu



Ana Rafali kelihatan sangat comel dengan dress kuning terang








Juara Mentor TV3 pon turut hadir 


Add caption






Nora Danish kelihatan seperti pari-pari biru









Hai, adik Miasara pon tidak lepaskan peluang posing di karpet biru























Macam mana pendapat anda ?
Ada puas hati ke kurang sedap mata memandang ke, terliur tengok artis ni ke?
HiHiHi..Sila berikan komen anda


Selepas ini kami akan tunjukkan kepada anda beberapa gambar yang berlaku di belakang tabir yang tidak disaksikan di kaca TV anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...