WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

10 December 2011

USIA 40 tahun | Badan berhenti hasilkan Kolagen | Kulit bertambah kedut

Haiiii...pagi sabtu ni saya nak kongsi info tentang Kolagen.
Terdetik topik ni bila Mama kesayangan minum produk berkolagen malam semalam.
Hangat sekarang di pasaran kosmetik, kesihatan & supplement banyak dipromosikan tentang kolagen.
Kita juga boleh tengok iklan kolagen di kaca TV, surat khabar, & majalah.
Apa Itu Kolagen ?
Sejenis protein dalam badan kita, dimana kolagen merupakan 30% daripada jumlah total protein badan.
Kolagen memberi struktur tisu perantaraan yang menjadikan kulit kita sihat, gebu, cantik dan anjal. Cuba la tekan2 kulit muka masing-masing, anjal ber-spring tak ? hihi...Kolagen penting juga dalam struktu tendon, rawan dan tulang ye sume.

Kenapa ramai orang tergilakan kolagen, terutamanya Wanita ?
Sedar tak sedar, badan kita sebenarnya menghasilkan Kolagen secara semulajadi. So kenapa perlu ambil supplement kolagen ni? Ha, kalau semua nk tahu, bila usia kita mencecah usia 26 tahun keatas, penghasilan kolagen badan kita mula berkurangan sehingga 1.5% setiap tahun.

   

Kolagen dalam badan lesap macam magik?POOFFF!
Kolagen dalam badan senang nak musnah, sebabnya adalah kesan keracunan dalam sistem badan.Sendiri paham lah ye, dengan amalan pemakanan yang tak baik, stress dengan kerja & rumahtangga, penggunaan kosmetik 3 inci di muka, semburan perfume 24 jam, dan pencemaran persekitaran seperti udara kotor. Inilah dia jawapan kenapa perlu kolagen tambahan, bagi menampung keperluan kolagen badan secara berterusan.
 


Wanita takut badan tak mantap, kurang menarik, kurang memikat.
Semua mesti tak tahu kan, bila usia kita cecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari badan kita. Separuh tu bukan sikit kawan-kawan. Kehilangan kolagen boleh mengakibatkan kulit mula berkedut, hilang kelembapan, nampak kusam & bersisik, timbul jeragat, hilang keanjalan hilang gebu dan lain-lain.
Yang paling menakutkan wanita bila kurang kolagen, menyebabkan payu dara kurang anjal, bahagian punggung/perut/abdomen semakin mengendur ke bawah. Kurang mantap seperti zaman remaja cintan cintun. hahahaha...(lelaki suka la gelak-gelak ye)

Kolagen berlambak di pasaran, kolagen mane yang bagus ?
Perlu berhati-hati dalam membeli kolagen. Kalau terbeli kolagen tiruan, menyesal tak sudah nanti. Terdapat banyak produk kolagen yang berasal daripada pelbagai sumber kolagen. Kalau sumber kolagen tu daripada haiwan, pastikan haiwan itu bukan B.A.B.I. Nak lebih selamat, gunakanlah kolagen berasaskan ikan/hidupan marin (laut). Contoh: Hyrdolyzed Marine Collagen.

Bagus sangat ke Hydrolyzed Marine Collagen tu ?
Kalau saya cerita alkisah penghasilan hydrolysed marine collagen ni, alamat membosankan dan pening kepala nanti. So saya nak bagi tahu kelebihan Hydrolyzed Marine Collagen.

1. Mampu merangsang badan untuk hasilkan kolagen tersendiri (Cell&Tissue Research, Oesser et al.)
2. Hydrolyzed Collagen dapat status GRAS (Generally Recognised as Safe) oleh USFDA (US Food & Drug Administration).
3. Badan mudah serap, sebab saiznya lebih kecil daripada kolagen biasa, iaitu kurang 1000 Dalton.
4. Profil asid amino yang tinggi.
5. Tiada kolestrol dan lemak.
6. Halal, sumber dari ikan. (umat Islam tak perlu risau)

Live Your Life Mavellously : Healthier Younger Radiant

2 comments:

  1. hai..sy baru follow ur blog..n if u dont mind pliss follow me back :) bolh kongsi cerita

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Sudi-sudilah Komen Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...