WELCOME To AnGeLFiRe Blog ~ Latest News, Hot Topics, Amazing Facts and Online Shoppe ~ LIKE FB FanPage . Follow Us . Exchange Link/Banner @ Kongsi Bananana

Blogger Sejati Rajin Klik Semua Ni...

30 December 2011

Meme Proposal : Tim & Audrey



Hangat kat Youtube sekarang. Video seorang gentleman bernama, Timothy Tiah yang memang terkenal di dunia maya sebagai usahawan internet telah melamar kekasihnya, Audrey Ooi Feng dgn menggunakan “Meme”.Kalau tak tahu apa tu "MEME", jom layari  9gag.com 








Video ni dah ada di YouTube sejak 21 Disember 2011. 
Telah ditonton lebih 1.9juta, WOW !!!
Macam-macam komen la yg anda boleh baca. 
Ramai yang menyokong dan rasa begitu terharu tengok video ni. 
Tak kurang juga mereka yg perli dan bergurau. 
Seandainya Audrey tolak lamaran Timothy,
agak-agaknya ada tak Kad 'SHE REJECTS ME' ??? 



Christina Perri puji video ni dan bangga lagu 'A Thousand Year' digunakan utk ini...


Wah, Ryan Seacrest pon kagum dgn kreativiti Timothy...


Apa-apa pon tahniah utk Timothy dan Audrey...Semoga berbahagia ke akhir hayat...
Korang nak tengok tak video tu? jom kita tengok video lamaran Timothy ni menggunakan 'meme'...




video



Dah abes tengok ?
kesat la airmata tu

Nasihat kepada Lelaki yg bergelar Boyfren
Jadilah Lelaki yg sejati
Kalau Dia calon dihati
cepat-cepat la melamar
dgn gaya romantis




OOOoooppp..tunggu
ada lagi nak kongsi
klik link bawah ni
Gempak punya proposal
video Mobbed : Best Wedding Proposal Ever







28 December 2011

Berita: 1055 kenderaan HONDA dilupuskan

Honda tak jual kereta banjir


  • Foto
    PIHAK media melihat proses pemusnahan kenderaan Honda yang rosak akibat banjir di Thailand.
  • Foto
    SEORANG petugas Honda berjalan dekat deretan kenderaan yang rosak selepas dilanda banjir di Thailand.
BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.


Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.
Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.


Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP 


(sumber:BeritaHarian,28/12/2011)





26 December 2011

Kopi Termahal Di Dunia

Coffee (Kopi) menjadi kegemaran peminat kopi yang tersendiri. Terlalu banyak kopi yang kita dapat cari dan nikmati di Malaysia ini. Sudah pasti rasa dan aroma kopi yang terbaik menjadi daya tarikan penggemar kopi.

Akan tetapi, adakah kita tahu kopi apakah yang paling mahal di DUNIA ?
Kopi yang berharga mahal sudah pastinya memiliki rasa dan aroma yang terbaik di Dunia juga.
Disini kita akan berkongsi LIMA kopi termahal di Dunia. Pastinya kebanyakan daripada kita tidak pernah tahu tentang kopi temahal Dunia ini. :)




Kopi Luwak 
Indonesia
$160 per pound
Luwak Coffee is made from coffee cherries that have been eaten by common palm civets, which use their keen sense of smell to select the choicest and ripest beans. The digestion process removes the flesh from the crimson Sumatran berry and the beans, supposedly sweeter as a result of having passed through the animal, are hand-collected from the jungle floor.

Hacienda La Esmeralda Boquete, Panama
$104 per pound
Hacienda La Esmeralda's Geisha coffee set an online auction record when it sold for over $50 dollars per pound, unroasted, on May 30, 2006. The coffee, which is grown in the shade of old guava trees, has been widely and enthusiastically praised for its flavor and aroma. In April, it placed first in the SCAA "Best of Panama" competition, with a score of 94.6 out of 100.



Island of St. Helena Coffee Company St. Helena
$79 per pound
This very exclusive coffee is grown on the island of St. Helena, 1,200 miles off the coast of Africa. Cultivated from a varietal brought from Yemen in 1730, it owes much of its success to Napoleon Bonaparte, who started a vogue by praising the coffee during his exile on the island. St. Helena coffee dropped from sight for more than a century, until David R. Henry began exporting it again in the early 1990s. Production is low (about 12 tons per year), and once again, demand is high.


El Injerto Huehuetenango, Guatemala
$25 per pound green at auction
Expected to retail for more than $50 per pound
This boutique lot of coffee by El Injerto, specially prepared for the Cup of Excellence auction, is from the region of Huehuetenango, Guatemala. It recently won first prize in the 2006 Cup of Excellence. This coffee is likely to retail for more than $50 per pound, after it has been roasted.


Fazenda Santa Ines Minas Gerais, Brazil
$50 per pound green at auction
This coffee is the highest rated in Cup of Excellence history, with a combined score of 95.85 points out of 100. Only 12 60-kilogram (132-pound) bags of this limited production coffee were available at auction; they were purchased green by Caffe Artigiano, an independently owned café in Canada, and two Australian roasters. You can't go out and buy a bag, but cups are available at Caffe Artigiano and, occasionally and with much fanfare, other specialty shops around the world.

sumber:Forbes


23 December 2011

Artis: Anzalna dgn Watak Penggoda

Belum ada masa rehat secukupnya 

ANZALNA, adalah antara puluhan bakat baru yang diketengahkan dalam lakonan sepanjang tahun ini.
Dalam drama yang dibintanginya, namanya sering dikaitkan dengan watak penggoda. Mungkin kerana susuk tubuh dan raut wajahnya sesuai dengan watak seperti itu.
Diakui sendiri, mungkin matanya yang bundar, penampilannya yang mempengaruhi pengarah atau penerbit menawarkannya karakter yang mencairkan hati lelaki. Namun Nur Anzalna Md Nasir tidak mengeluh mahu pun menolak. 

Bagi gadis berusia 23 tahun ini, ia bukan saja memantapkan profilnya tetapi juga satu penerimaan yang positif ke atas dirinya sebagai bakat baru dalam bidang lakonan. 

Namun, memang bukan itu saja yang mahu diharapkan. Sama seperti pelakon lain, dia juga mahu mencuba atau dicuba dengan peranan lain, yang tidak pernah terfikir oleh dirinya. 

Ini untuk membuktikan dia juga mampu mempelbagaikan kebolehannya. Justeru, Anzalna berasakan dirinya sedia diberikan ujian dengan aksi lasak, mencabar fizikal dan mentalnya ketika berada di lokasi penggambaran. 
Bagaimanapun, melihat kepada usianya, dia sedar semua itu tidak boleh digapai dengan terburu-buru. Masih ada masa lagi. 
Pelakon dari Pulau Pinang ini bakal muncul dengan drama terbarunya Gemersik Kalbu terbitan Global Station dengan memegang watak perempuan jahat bernama Tasha. 

“Pertama kali bekerja dengan produksi ini ialah menerusi drama Suria di Cordoba, dan ini adalah drama kedua bersama mereka. Namun bekerja di bawah arahan pengarah, abang Heykal (Heykal Haniffah), ini adalah yang pertama kali. 

“Melihat kepada pembabitan saya dalam dunia lakonan, tahun ini saja saya sudah menjayakan tiga drama termasuk Ramadan Terakhir dan sebuah telefilem. Manakala, dua filem yang saya bintangi akan ditayangkan tahun depan iaitu Taikun dan Sepah The Movie. 

“Sebenarnya saya baru saja habis dengan penggambaran filem Sepah The Movie dan kini saya sedang terbabit dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu yang akan disiarkan 2 Januari nanti. 

“Sememangnya saya sangat penat serta stress dengan aktiviti penggambaran tanpa henti dan satu demi satu tawaran yang saya jayakan tanpa rehat. Saya mengambil keputusan, selepas habis saja komitmen saya bersama Global Station ini, saya mahu berehat sebentar sebelum mula berlakon kembali,” katanya yang berkebolehan bertutur bahasa Perancis dengan baik. 

Manakala, beralih kepada sisi peribadi, terus terang gadis berambut panjang mengurai ini mengatakan dia sememangnya sudah berpunya. Tidak ramai pelakon baru sepertinya yang mengakui diri mereka sudah berpunya, ada yang ingin menjaga reputasi agar ‘saham’ tidak jatuh, namun berbeza bagi Anzalna yang tidak berteka-teki dalam hubungan cintanya. 

Walaupun dalam keadaan penuh segan silu, Anzalna tidak kedekut untuk mendedahkan serba sedikit mengenai teman istimewanya itu. Akuinya, teman lelakinya itu adalah di kalangan orang biasa dan mereka sudah saling mengenali sejak berumur 17 tahun lagi. 

“Kami sudah kenal lama dan saya masih ingat saya kenal dia melalui laman sosial Myspace, dan pada masa itu saya menetap di Australia. Dia seorang yang cukup sempurna bagi saya dan saya selesa bersama dengannya memandangkan berkongsi usia yang sama. 

“Walaupun begitu, saya tidak mahu menceritakan terlalu banyak mengenai dirinya, nanti syok sendiri. Dia baru saja habis belajar dan perjalanan kami berdua masih jauh,” katanya sambil mengakui kedua-dua pihak sudah mengenali keluarga masing-masing dan sama-sama matang dalam menjayakan hubungan tersebut. 

ABPBH2011 bagi kejutan 

DI sebalik itu, meluahkan perasaannya apabila ditanya mengenai namanya disenaraikan di antara 20 pendatang baru paling popular di dalam kategori Artis Wanita Baru bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), Anzalna akui dia sangat terkejut. 

Ceritanya, “Secara jujur memang saya terkejut, itu pun selepas membaca sendiri Berita Harian dan melihat nama saya turut tersenarai. Saya langsung tidak sangka nama saya akan dicalonkan di kalangan ramai lagi yang popular. 

“Apatah lagi kawan saya, Ramona Zamzam yang sudah berlakon lama dari saya tapi tidak dicalonkan, itu membuatkan saya lagi terkejut. Dia menyertai dunia seni sebelum saya lagi, dan siapa saya untuk dicalonkan. 

“Apa pun, saya bersyukur kerana berpeluang dan saya tidak rasa saya akan disenarai pendek sehingga ke top 5 serta saya tidak berharap sangat memandangkan yang lain lebih bagus dari saya. 

“Pada pendapat saya, lima yang akan tersenarai nanti adalah seperti Tasha Shilla, Izara Aishah, Neelofa, Fathia dan Ika Farhana,” katanya dengan penuh rendah diri. 


PROFIL 

NAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir 
TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988 
USIA: 23 Tahun 
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang 
PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia 
KERJAYA: Model, pelakon 
DRAMA: Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir, Gemersik Kalbu 
FILEM: Sepah The Movie, Taikun 
IKLAN: Trenz (siaran TV Indonesia), Celcom, French Oil, ECPI 




(sumber: BeritaHarian; 23/12/2011)

Berita : Manchester City Mula Digeruni

‘Kelibat City mula digeruni’

Apabila bertemu kami beberapa pasukan berasa gementar: Mancini 

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin pencabar mereka akan berasa takut apabila berkunjung ke Eastlands selepas mereka kini terus gah di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Stoke, awal pagi semalam.


“Ia sama seperti Manchester United. Semua pasukan yang bertemu mereka akan turun dengan perasaan takut dan tidak berani menyerang kerana United dilabel pasukan kuat untuk tempoh yang lama.
“Jadi mungkin kini, apabila bertemu kami, terdapat beberapa pasukan yang berasa bermasalah dan turun dengan aksi cukup berbeza. Ia sesuatu yang bagus tetapi kadang kala adalah lebih baik untuk bertemu pasukan yang turun dengan corak permainan terbuka kerana perlawanan menjadi lebih menarik. 

“Saya cukup gembira kami kekal di puncak liga menjelang Krismas ini. Tapi adalah lebih penting untuk terus kekal di tangga teratas sehingga penghujung musim biarpun ia sukar kerana kami pasti terus dihambat United, Arsenal dan Tottenham,” kata Mancini. 

Dua jaringan Sergio Aguero dan satu lagi daripada pemain sayap, Adam Johnson memastikan tiga mata penting buat City yang merakamkan 17 kemenangan dan hanya seri sekali pada 18 aksi liga di laman sendiri sepanjang tahun 2011. 

Sejak tewas buat kali terakhir di Eastlands iaitu kepada Everton pada Disember 2010, City merekodkan 27 kemenangan dan dua seri iaitu dengan Fulham dan Napoli sepanjang 29 aksi di laman sendiri untuk semua kejohanan. City berdepan West Brom, Isnin ini dan Sunderland pada 1 Januari ini. 


(sumber : BeritaHarian ; 23/12/2011)

Berita : Chong Wei Rindu Misbun


pix_gal0
Chong Wei mahu 'berguru' semula demi kejar emas Sukan Olimpik 
IBARAT pepatah ‘aur dengan tebing’, jelas sekali ikatan di antara Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek masih kuat.


Semalam, pemain badminton nombor satu dunia itu akur betapa dia masih menagih sentuhan bekas jurulatihnya ketika digamit ujian amat getir mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 yang berbaki kira-kira lapan bulan lagi. Ringkasnya, dia tampak tidak kisah untuk kembali ‘berguru’ dengan Misbun.
“Sekarang tinggal kira-kira lapan bulan saja lagi (Olimpik) dan saya mahu meningkatkan skil dan mengekalkan tahap kecergasan diri. Selain itu apa yang penting ialah memastikan tidak berlaku kecederaan terhadap diri saya. 

“Saya tidak kisah siapa saja boleh memberi pandangan dan melatih saya dalam tempoh ini. Semua orang boleh bekerjasama dalam membantu meningkatkan prestasi dan corak permainan saya,” katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam. 

Chong Wei mengutarakan dia tidak boleh membuat apa-apa keputusan jika dia mahukan bimbingan Misbun kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan akur harus ikut sahaja. 




(sumber : Berita Harian ; 22/12/2011)

Berita : Lelaki Derma Sperma, 14 wanita mengandung

Lelaki dilarang derma sperma

ARSENAULT bergambar di rumah sambil memegang majalah yang membincang isu derma sperma.
ARSENAULT bergambar di rumah sambil memegang majalah yang membincang isu derma sperma.
Pihak berkuasa AS dakwa Trent Arsenault ancam ‘kesihatan awam’ 
OAKLAND: Seorang lelaki California dianggap mengancam ‘kesihatan awam’ oleh pihak berkuasa yang mengarahkannya berhenti menderma sperma secara percuma hingga beberapa wanita melahirkan 14 anak menggunakan air maninya.


Trent Arsenault, 36, yang belum berkahwin dan menyifatkan dirinya seorang yang mempunyai latar belakang agama kuat menganggap dirinya prihatin kepada masalah pasangan yang bermasalah mendapat anak menyebabkan dia memberi percuma spermanya menerusi iklan di internet.
Bagaimanapun, agensi Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan Arsenault yang beradal dari San Francisco Bay berhenti menderma air maninya atau menghadapi hukuman penjara setahun atau denda AS$100,000 (RM310,000). 

Sejak lima tahun lalu, dia memberi spermanya sebanyak 328 kali kepada sekurang-kurangnya 46 wanita yang membawa kepada 14 kelahiran, kata FDA berdasarkan rekod yang disimpan Arsenault. FDA menganggap aktivitinya memberi risiko kepada kesihatan awam. 

“Berdasarkan peraturan FDA, penderma sperma perlu diperiksa risiko kesihatannya yang mungkin menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit,” kata jurucakap agensi itu, Rita Chappelle dalam emel. 

Arsenault tidak bersetuju dengan perintah FDA dan mengemukakan tuntutan di mahkamah membebaskannya buat sementara daripada hukuman sehingga hakim membuat keputusan. 
Arsenault memberi spermanya dalam plastik yang sudah dibersihkan daripada kuman kepada wanita yang memintanya. Wanita itu perlu mengatur sendiri dengan doktor untuk sesi ‘permanian berhadas.’ 

Bank sperma pula mempunyai ujian tersendiri untuk memastikan penderma tidak membawa virus HIV, hepatitis B atau C, sifilis, chlamydia, gonorrhea, virus T-lymphotropic atau masalah genetik cytomegalovirus. 

Arsenault berkata, dia menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan untuk memastikan tidak membawa penyakit berkenaan tetapi tidak mampu membayar AS$1,700 (RM5,270) untuk setiap pemeriksaan berdasarkan panduan FDA iaitu sekali selepas tujuh hari menderma sperma. 

Chappelle enggan memberitahu sama ada FDA juga menyiasat penderma ‘bebas’ lain yang kebanyakannya menawarkan sperma mereka menerusi iklan di internet. 

Kes Arsenault dan FDA sudah mendapat tumpuan ramai dan dianggap satu ujian sejauh mana bidang kuasa agensi itu mengenai pemberian percuma sperma berbanding menerusi bank sperma. - Reuters 


(sumber:Berita Harian)

22 December 2011

TIPS : Cara Memujuk & Tanda2 Lelaki Merajuk

Wanita sering kali dikaitkan dgn sikap merajuk. Pantang ditegur sedikit, rajuknya berpanjangan.
Namun, lelaki juga memiliki hati dan perasaan. Lelaki juga sering kali merajuk dan mahukan perhatian. 
Penting untuk wanita mengetahui mengapa Lelaki merajuk dan tanda2 awal mereka merajuk.
Mari kita kupas satu persatu tanda-tanda Lelaki sedang merajuk.

1. DIA MEMBISU 
Selalunya bila berborak, ada sahaja topik utk diperbualkan. Akan tetapi apabila Lelaki merajuk, dia akan diam seribu bahasa (bukan patah seribu hatiku). Kalau anda bercakap dgn nya, dia tidak mengiakan atau menidakkannya. Sebaliknya dia hanya buat tak tahu. Masa ini anda akan berasa spt Katak bercakap dgn Batu. Bersabarlah, pandai-pandailah memujuk hati nya.

2. MUKA MASAM
Jika pasangan anda buat tak tahu, mungkin boleh bersabar. Tapi jika pasangan sudah mula menarik muka masam, anda tentu rasa tertekan. Lelaki kalau merajuk, muka masam sinonim dgn mereka. Itu tanda Lelaki protes dgn tingkah laku anda sebelum ni. Fikir-fikirlah dimana kesilapan anda. Jangan tarik muka masam anda pulak.

3.TAK MAHU MAKAN SAMA
Lebih teruk lagi bila Lelaki tak nak makan bersama anda walaupun telah diajak berkali-kali. Ini juga tanda protes tehadap anda, dimana dia lebih rela berlapar drp memakan masakan anda. 

4. MARAH-MARAH
Lelaki mempunyai Ego yg tersendiri. Lelaki sering beranggapan mereka BETUL meskipun pada pandangan anda, ianya TIDAK BETUL. Namun, mereka tetap mahu Menegakkan Benang Yang Basah. Belajar betolak ansur.

5. TIDAK MENELEFON
Selalunya dia akan telefon anda setiap masa. Samada utk bertanya khabar, bercerita, memberitahu dimana dia berada atau ajak keluar. Lelaki yg merajuk,mereka tidak akan menelefon pasangannya. Ini kerana mereka jual mahal, mahu anda risau dan tercari-carinya.

6. TERUS KELUAR RUMAH
Satu lagi cara Lelaki merajuk adalah, dia akan keluar rumah tanpa beritahu apa-apa. Anda tak tahu kemana arah tujunya. Sebagai pasangan, anda pasti risau memikirkannya. Lebih teruk bila dia menutup telefon dan tidak membalas sebarang SMS atau panggilan anda. Banyakkan bersabar.


CARA MEMUJUK:

1. Berikan Masa untuk Dia Bersendirian
2. Berikan Sokongan yg diperlukan
3. Berikan Cahaya Kegembiraan

(sumber: Mingguan Wanita Bil.1465)

Berita : Siri Wang Baru Malaysia Januari 2012


 NAJIB  menunjukkan not  RM20 siri baru  pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru  di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni  Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
NAJIB menunjukkan not RM20 siri baru pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Not kertas, syiling tampil ciri-ciri unik negara, tahap keselamatan dipertingkat

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.


Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.
Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.

Pelancaran siri mata wang baru berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi. 


“Siri baru mata wang juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang.

“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” kata kenyataan itu.

Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.

Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.

Dengan pelancaran siri baru berkenaan, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor mesin kendalian tunai bagi memastikan perubahan kepada mata wang baru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Vendor mesin kendalian tunai diberikan masa enam bulan untuk mengubah suai mesin masing-masing bagi memastikan mata wang baru itu dapat digunakan.

Sementara itu, mata wang peringatan bagi siri baru berkenaan boleh didapati di ibu pejabat Bank Negara dan cawangannya masing-masing di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu bermula hari ini. 





(Sumber: bhnews@bharian.com.my ; 2011/12/22)

21 December 2011

BERITA : Chef Wan anggap Adlin Emosional

Chef Wan anggap Adlin emosional

DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.


Persembahan 1 Adlin dlm Maharaja Lawak Mega Minggu 8






Persembahan 2 Adlin dlm Maharaja Lawak Mega Minggu 8





Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.
Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan ‘perang’ terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, Hip terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.



Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan ‘perang’ di laman siber?

Chef Wan: 
Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan. 


Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan:
 Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan: 
Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan: 
Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

Hip: Rasa menyesal tak menerima tanggungjawab sebagai juri apabila berlaku kontroversi ini?

Chef Wan:
 Saya adalah seorang yang dikurniakan dengan hati yang keras. Datanglah halangan apapun, saya tetap menempuhinya. Sebelum ini pun banyak perkara kontroversi yang saya lalui dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Cuma pihak Astro ada juga menawarkan saya untuk menjadi juri program ini untuk musim hadapan tetapi saya tidak memberi kata putus. Bukan mudah menjalankan tugas juri, asyik disumpah orang saja seperti yang berlaku sekarang ini. 


(sumber Berita Harian)


APA PUN YANG TERJADI DIANTARA MEREKA BERDUA, SEMOGA PERSELISIHAN INI DAPAT DILERAIKAN 
SEGERA. KAMI SUKA TENGOK MAHARAJA LAWAK MEGA, YANG TERDIRI DRP BARISAN PELAWAK DAN JURI. TIDAK MANIS JIKA ORANG LUAR MENGATA BUKAN2 BETUL. KAMI MAHU TERHIBUR DENGAN LAWAK2 YANG DITONJOLKAN PELAWAK2 MAHARAJA LAWAK MEGA, BUKANNYA KONTROVERSI ANTARA MEREKA. HARAP MAKLUM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...